Disini suka saya untuk berkongsi satu doa yang sering kte baca tp mungkin jarang-jarang menghayati maknanya, doa ini adalah hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim:
اللهم إني أعوذبك من الهم والحزن وأعوذبك من العجز والكسل وأعوذبك من الجبن والبخل وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesulitan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut. Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit hutang dan tertindas orang lain."
Hadith ini besar pengertiannya, sebagai manusia kte adalah insan yang lemah. kte pasti dan akan bergantung kepada Allah Yang Maha Esa, tuhan yang mencipta kte dan alam semesta. Justeru, itu hanya pada Dia kte bergantung, tempat kte mengadu dan tempat kte meluahkan keluh kesah...Jika anda sering mengulang-ulang hadith ini dan merenungkan maknanya, nescaya Allah akan melapangkan dadamu dari resah, gelisah dan derita. Tentu sahaja dengan izin Allah.
Andainya kte b'gantung kepada manusia, kte akan rasa kecewa dan terluka sekiranya apa yang diharap tidak tercapai...tetapi jika kte bergantung kepada-Nya kte akan reda jika tidak mencapai apa yang dihajati...kerana kte tahu dan percaya sesunggunghnya Dia Maha Mengetahui, menyebut tentang ini saya ingin berkongsi sepotong ayat Quran yang saya rasa benar-benar memberi saya kesedaran dan mengajar saya meredhai apa yang Allah takdirkan...
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak ketahui." Tafsiran ayat 216, Surah Al-Baqaroh
Oleh itu, jangan kecewa atau putus asa sekiranya apa yang diharap dan diusahakan tidak terjadi kerana Dia lebih Mengetahui...sebagai contoh yang paling mudah, andai kte menyukai seseorang akan tetapi kte tiada jodoh dengannya, ini bermakna mungkin dia bukan orang yang terbaik buat kte dan Allah pasti akan datangkan orang yang lebih sesuai dan terbaik buat kte...maka belajarlah meredhai sesuatu yang ditakdirkan setelah kte berusaha mendapatkannya.

3 comments:
Hadith ini menggabungkan fakta yang amat menarik. Teruskan menulis. Semoga Allah memberi manfaat kepada semua.
Trima kasih untuk comment yang m'bina. sy suka menulis cuma sy x tau camne nak lakarkan apa yg ada diminda dlm bentuk penulisan...so, jika ada salah dan silap bleh jer tegur sy krn teguran baik utk kte mengetahui kelemahan diri sndri...trima kasih skali lg...
g00d j0b shida...truskan usaha kamu..hehe..LA TAHZAN!!!!!
Post a Comment